PENGENALAN
Mikroorganisma terdapat di sekeliling kita. Namun begitu, kita tidak dapat melihat mikroorganisma dengan mata kasar kerana saiznya yang sangat kecil.MIKROORGANISMA IALAH HIDUPAN
- Mikro bermaksud seni dan organism bermaksud hidupan. Mikroorganisma bermaksud hidupan seni (kecil).
- Mikroorganisma terdapat di sekeliling kita. Contohnya, di udara, di dalam air, makanan, tanah dan di dalam badan kita.
- Mikroorganisma adalah tersangat kecil sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kita perlu menggunakan mikroskop untuk melihat mikroorganisma.
- Mikroorganisma wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Jenis-jenis Mikroorganisma
Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama iaitu bakteria, virus, fungi dan protozoa.Bakteria
- Bakteria ialah mikroorganisma yang sangat kecil.
- Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya.
- Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga.
- Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi.
- Bakteria sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.
- Kebanyakan bakteria tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya.
- Bakteria yang menyebabkan penyakit dikenali sebagai kuman.
Virus
- Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang tinggi kuasanya.
- Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria.
- Demam selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.
Protozoa
- Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria.
- Protozoa adalah organisma akuatik.
- Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.
Fungi
- Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma.
- Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita.
- Fungi membiak daripada spora.
- Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi.
- Sesetengah fungi seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.
- Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.
Mikroorganisma menjalankan proses hidup seperti bernafas, membesar dan bergerak apabila dibekalkan dengan keperluan asas dan persekitaran yang sesuai.
Mikroorganisma Bernafas
- Yis adalah contoh mikroorganisma.
- Yis terdapat di sekeliling kita - di dalam tanah, pada tumbuhan dan juga di udara.
- Yis digunakan dalam pembuatan roti.
- Yis memakan kanji di dalam tepung dan membebaskan karbon dioksida apabila bernafas.
- Karbon dioksida menyebabkan doh itu mengembang dan naik.
Mikroorganisma Membiak
- Mikroorganisma terdapat di mana-mana sahaja di sekeliling kita.
- Mikroorganisma akan membiak dengan cepat dalam keadaan yang sesuai.
- Kulapuk membiak di atas roti yang lembab. Kulapuk memperoleh nutrien apabila roti mereput. Kulapuk menyebabkan roti menjadi rosak.
- Kulapuk roti membiak dalam persekitaran yang lembab, hangat dan berangin.
- Contoh makanan lain yang boleh berkulat atau rosak akibat dijangkiti mikroorganisma ialah buah oren dan nasi.
Mikroorganisma Bergerak
- Mikroorganisma bergerak dengan caranya sendiri bergantung kepada tempat tinggalnya.
- Kita dapat melihat pergerakan mikroorganisma yang hidup di dalam air seperti protozoa.
- Pergerakan mikroorganisma dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop.
- Kebanyakan mikroorganisma akuatik bergerak dengan melibaskan ekornya di dalam air.
thx for sharing
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamApa mikroorganisma pyang paling awal wujud di bumi
BalasPadamFgjyj
PadamWkwkwk
BalasPadamAda 5 la mikroorganisma apa ni?
BalasPadam